012-3123786 (Hamdan) superkerimo@gmail.com
Select Page
Yang mana lebih berkesan ya..GEL atau CECAIR?
Hmmm…inilah soalan yang sering ditanya oleh customer kepada saya.

Gel KERIMO                                     Cecair KERIMO
 
Sebenarnya kedua-dua Gel KERIMO dan Cecair KERIMO sangat berkesan untuk menghalau tikus, monyet, babi hutan, musang dan haiwan-haiwan mamalia yang lain, cuma gel lebih senang digunakan manakala cecair perlu dibancuh dulu..
 
Baiklah, mari kita cerita tentang keistimewaan kedua-dua variasi KERIMO ni:

Gel KERIMO vs Cecair KERIMO.
1)    GEL KERIMO

Senang Digunakan.
Buka penutup gel, ceduk gel dengan sudu dan bahagikan ke dalam bebrapa bekas kecil yang lain (bekas dadih). Tebuk lubang kecil-kecil pada cover bekas yang baru tu dan letakkan di tempat yang sesuai. Kaedah ini sangat sesuai untuk menghalau tikus di rumah, di restoran dalam stor atau pun di kebun.


TIKUS..??? boleh halau tikus ke..?

YA tikus…!!

InsyaAllah (In sya Allah) berkesan. KERIMO juga berkesan untuk halau TIKUS.. lihat testimony ni..

Macamana caranya?

Cuma letakkan Gel KERIMO di laluan tikus atau kalau tau dimana sarang dia lagi bagus. Letakkan dekat dengan dengan sarang dia.

Tapi pastikan bekas/container gel tu bertutup dengan penutup yang telah ditebuk lubang kecil-kecil supaya baunya keluar. Tujuan kita tutup bekas/container gel tu adalah untuk mengelakkan tikus makan gel tersebut.

Tikus makan Gel KERIMO..??? kenapa pulak tikus nak makan Gel KERIMO ni? Bukan ke dia takut dengan KERIMO?

Sebenarnya tikus, monyet, babi hutan, musang dan mamalia lain tak sukakan BAU KERIMO ni. Jadi haiwan-haiwan ni akan cuba mengalihkan sumber bau yang menyengat hidung mereka tu agar mereka dapat bermain atau bersarang dengan selesa seperti sebelumnya. Bagi monyet, dia akan sentap dan bawa lari kerimo ni, tapi bagi tikus pula dia akan cuba menghilangkan sumber bau ini dengan memakan gel tersebut. Tikus takkan mati kalau makan Gel KERIMO sebab ianya bukan racun. Jadi sekiranya tikus ni dapat makan Gel KERIMO, bermakna tempat laluan atau tempat bermain atau sarang mereka tiada lagi bau yang mereka tidak suka. Mereka akan merasa selesa dan terus berada di tempat tersebut. Tetapi sekiranya mereka tidak dapat menghilangkan sumber bau tu, mereka tiada pilihan lain, melainkan beredar dari situ ketempat yang lebih selesa…


Tahan Lebih Lama
Selagi gel tu lembab, baunya masih ada. Selalunya ia boleh bertahan sehingga sebulan.
2)    CECAIR KERIMO

Sangat Menjimatkan
Sebotol Cecair KERIMO (500 ml) boleh digunakan untuk kebun seluas 6 ekar.
 
Bancuh Cecair KERIMO dengan 10 liter air (kalau boleh air tanpa klorin, tapi kalau nk cepat boleh je guna air paip yg ada klorin tu..).
 
Basahkan kain sebesar saiz “tuala good morning” atau sponge (span) dengan bancuhan KERIMO dan masukkan kedalam botol supaya tidak kena hujan.
 
Pastikan botol itu di tebuk lubang supaya baunya keluar.
 
Gantung botol yang berisi kain/sponge tu pada jarak 20 kaki setiap satu sekeliling kebun anda atau pada pokok.
Basahkan kain tersebut setiap dua minggu untuk mengekalkan baunya. Walaupun kain sudah kering bau KERIMO tetap melekat pada kain tersebut tetapi pekebun sangat digalakkan untuk basahkan kain tersebut setiap 2 minggu.
 
Kaedah terbaru yang digunakan oleh Tuan Hj Amir dari Sungai Besar, Selangor ialah menggantikan kain dengan sponge (span). Beliau tuang air Bancuhan KERIMO terus pada sponge yang sudah di masukkan kedalam botol (balang kueh raya).
 
Tujuan kita masukkan kain atau sponge tu kedalam botol/balang adalah untuk mengelakkan dari terkena hujan.
 
Pastikan botol/balang tersebut diikat dengan kuat menggunakan dawai atau tali kambing untuk mengelakkan dari disentap dan dibawa lari oleh monyet.

 Kaedah diatas sangat sesuai untuk kegunaan di kebun yang luas untuk mengelakkan monyet dan babi hutan dari memasuki kebun kita.
 
Diharap info diatas dapat membantu anda untuk memilih variasi mana yg lebih sesuai mengikut keperluan anda.

Untuk mendapatkan KERIMO 
Sila whatsap/call: 0123123786 (Hamdan)


Loading...