012-3123786 (Hamdan) superkerimo@gmail.com
Select Page
Assalamuakaikum dan Salam Sejahtera semua…
 
Dah lama saya tak update blog ni, terakhir ialah pada 11hb April 2016…
Manakala posting pertama saya dalam blog ini ialah pada 7hb November 2015. Bermakna dah setahunlah blog ni dibina. Bagitu juga dengan produk KERIMO yang saya perkenalkan kepada umum, sudah setahun berada dalam pasaran…

Cecair Kerimo (500 ml)


Gel Kerimo (100 gm)

Jangkawaktu setahun adalah agak panjang, berbagai-bagai feedback telah saya terima dari pengguna. Alhamdulillah boleh dikatakan hampir 99% pengguna memberi feedback yang positive terhadap keberkesanan KERIMO dalam menghindari monyet, babi hutan dan tikus dari mengganggu tanaman dan kediaman. Melalui feedback-feedback ini juga saya dapat membuat kesimpulan bahawa, bukan sahaja KERIMO ini berkesan untuk menghalau monyet, babi hutan dan tikus, malah ianyanya juga berkesan untuk menghalau musang, kelawar dan juga kerbau-kerbau liar. Feedback yang diterima sangat berguna untuk dikongsikan dengan pengguna lain dan juga bakal-bakal pengguna.
 
Dari feedback yang dikongsi oleh pengguna ada beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan disini. Kali ini ialah mengenai perangai monyet, babi hutan dan tikus apabila kebun atau kediaman kita diletak KERIMO.
Bau KERIMO yang menyengat sangat tidak disukai oleh haiwan-haiwan tersebut dan mereka akan cuba membuang/mengalihkan KERIMO dari tempat mainan (atau sarang) mereka. Monyet akan cuba merentap dan bawa lari kain (yang telah kita semburkan dengan bancuhan kerimo) atau Gel KERIMO yang kita gantung. Disebabkan Gel KERIMO bukanlah racun, tikus pula akan memakannya demi untuk menghilangkan sumber bauan itu dari tempat laluan atau sarang mereka.
Jadi, pastikan bekas gel ditutup dan ditebuk lubang kecil2 untuk mengelakkan dari dimakan oleh tikus dan pastikan juga kain (dalam botol) atau gel yang digantung itu, diikat dengan kuat supaya tidak direntap dan dibawa lari oleh monyet.
(Namun ada satu perkara yang menarik perhatian saya dimana ada beberapa kes saya jumpa tikus mati selepas beberapa hari memakan Gel Kerimo. Dari pemerhatian saya kematian tikus ini bukanlah disebabkan gel ini beracun tetapi disebabkan oleh proses fermentasi Gel KERIMO yang berlaku didalam perut tikus. Proses ini akan menghasilkan gas yang banyak dan perut tikus akan kembung dan pecah. Mungkin tikus tak boleh kentut (?) wallahuaklam…)
Pengguna perlu bersabar apabila menggunakan KERIMO kerana kesannya dalam menghindari haiwan perosak dari memasuki kebun bukanlah serta merta malah proses ini akan mengambil masa selama tiga hari hingga seminggu atau mungkin lebih lama sebelum haiwan-haiwan ini beredar ke tempat lain. Namun sekiranya haiwan-haiwan ini tidak berjaya mengalihkan sumber bauan tersebut, mereka akan mula beredar ke tempat lain meninggalkan kebun atau kediaman anda.

 

 

Adakalanya sepuluh hari atau sebulan selepas kumpulan monyet ini beredar dari kebun anda, monyet akan datang kembali. Besar kemungkinan monyet yang datang itu adalah monyet dari kumpulan lain (yang belum pernah menghidu KERIMO) yang ingin memasuki kebun yang telah ditinggalkan oleh kumpulan sebelumnya. Jika ini berlaku, proses yang sama akan berlaku kepada kumpulan kedua ini, dimana ianya akan mengambil masa selama tiga hari pula sebelum kumpulan ini meninggalkan kebun anda. Bagitulah kesimpulan yang dapat saya kongsikan disini melalui feedback-feedback yang telah saya terima selama setahun dari pengguna-pengguna KERIMO diseluruh Malaysia.



Whatsapp sekarang untuk mendapatkan KERIMO

012-3123786 (Hamdan)

 


Sila klik tajuk dibawah untuk info selanjutnya:
 
 
Loading...