012-3123786 (Hamdan) superkerimo@gmail.com
Select Page

Hmmm… diam tak diam sudah masuk pertengahan bulan March 2016, maknanya KERIMO ni sudah lima bulan berada dipasaran. Bermula dari bulan November 2015 sehingga sekarang (March 2016) ramai yang telah menggunakan KERIMO. Kebanyakannya dari kalangan pekebun yang menghadapi ganguan babi hutan dan monyet. Walau bagaimanapun ada juga pengguna yang hanya menggunakan di kawasan rumah sahaja kerana haiwan-haiwan ini memang sudah banyak berkeliaran di merata kampung. Berdasarkan jualan setakat ini, pengguna-pengguna KERIMO tersebar ke seluruh Malaysia dari Perlis sampai ke Johor, Sbah, Sarawak dan juga Brunei.

Pengalaman yang diterima oleh pengguna sejak mereka menggunakan KERIMO sangat berguna untuk dikongsi bersama. Masing-masing menggunakan daya kreativiti tersendiri bagi memanafaatkan penggunaan sebatian ini untuk menghindar haiwan-haiwan perosak dari memasuki ladang dan kebun mereka. Berbagai cara telah mereka gunakan dan yang paling simple lagi effektif telah dikongsikan oleh seorang pengguna dari Sabak Bernam. Beliau telah merendam kain dalam bancuhan KERIMO dan menggantungnya di kawasan kebun. Di Jasin pula seorang pengguna telah menguji tempoh keberkesanan KERIMO ini setelah ianya digunakan. Kombinasi cara penggunaan yang diamalkan oleh pengguna dari Sabak Bernam dan Jasin ini telah menghasilkan satu kaedah yang sangat menjimatkan, berkesan dan dapat cover kawasan seluas lebih-kurang 3 ekar (atau 1 hektar) dengan menggunakan sebotol KERIMO (500ml) sahaja.

Disini saya ingin berkongsi cara menggunakan KERIMO yang paling jimat dan berkesan:

1) Bancuh cecair kerimo dengan air pada kadar sebotol (500ml) kerimo dengan 10 liter air.

2) Potong kain (t-shirt terpakai) sebesar setengah saiz saputangan dan rendamkan kain tersebut kedalam bancuhan kerimo.

3) Ikat kain yang telah direndam tadi kedalam botol air mineral (besar) yang telah dikerat dua. Tujuan supaya tak kena air hujan.

4) Gantung kain itu pada jarak 20 kaki setiap satu di keliling kebun.

5) Sembur kain itu setiap dua minggu dengan bancuhan kerimo untuk mengekalkan baunya.

* Lihat gambar di bawah sebagai panduan (zoom gambar tu).


** InsyaAllah sebotol cecair kerimo (500ml) boleh digunakan untuk kebun seluas lebih-kurang 3 ekar (atau 1 hektar) selama sebulan dengan menggunakan kaedah diatas.

*** Kalau nk lebih senang, sembur saja bancuhan kerimo terus di sekeliling kebun, cuma sekiranya hujan dikhuatiri baunya akan cepat hilang.

UNTUK MENDAPATKAN KERIMO SILA HUBUNGI HAMDAN: 0123123786

Selamat Mencuba dengan harapan ianya dapat membantu menangani masalah haiwan perosak seperti babi hutan dan monyet ataupun tikus.

Loading...